Engsel longgar, skrin terkulai, atau casing retak/pecah? Kami repair macam kami sendiri yang nak pakai โ tukar part yang rosak, bukan tampal dengan gam yang tak tahan lama.
Skrin terkulai sendiri, terlalu longgar, ketat sebelah, atau bunyi "kertak" bila buka-tutup laptop. Kalau dibiarkan, kabel skrin (LCD cable) di dalam boleh tercabut atau putus.
Casing retak sekitar engsel, palmrest patah, atau bahagian belakang skrin (LCD back cover) pecah akibat terjatuh atau tertindih. Retakan kecil boleh merebak jadi lebih besar.
Ini paling penting โ engsel/casing yang rosak boleh tarik & tekan panel skrin sehingga retak atau pecah. Kalau dah sampai tahap ni, kos repair naik berkali ganda kerana kena ganti skrin sekali.
Gambar di sebelah adalah contoh sebenar โ bracket engsel yang sebelum ini "ditampal" guna gam panas. Nampak macam jimat masa repair, tapi jenis repair macam ni biasanya tak tahan lama dan boleh terbuka semula bila-bila masa.
Lebih bahaya, semasa proses "tampal" sementara ni, tekanan yang tak sekata pada bracket boleh sebabkan panel skrin retak/crack.
Kami buka & periksa punca kerosakan engsel/casing, termasuk kabel skrin dan bracket dalam. Caj diagnosis RM50.
Kami bagi harga quote ikut model & tahap kerosakan. Anda approve dulu sebelum kami teruskan.
Selepas approve, deposit diperlukan untuk order part. Tempoh tunggu part: 5-12 hari bekerja.
Bila part sampai, pemasangan ambil 1-3 hari bekerja. Testing penuh, lengkap dengan warranty 14 hari.
Kos repair bermula dari RM80 sehingga RM550, bergantung pada model laptop dan tahap kerosakan (engsel sahaja, atau perlu tukar casing penuh sekali).
๐ก Laptop gaming? Lagi berbaloi untuk repair dan terus pakai โ terutamanya kalau spec dalam masih power. Jangan biar casing/engsel rosak jadi alasan untuk tukar laptop baru.
Kebanyakan kerosakan engsel & casing berlaku sebab perkara kecil yang boleh jadi pada sesiapa sahaja:
Engsel longgar boleh sebabkan skrin retak. Ketahui punca, tanda-tanda awal, dan anggaran kos repair.
Baca lebih โCasing retak bukan sekadar isu penampilan. Ketahui bila perlu tukar dan anggaran kos di Kota Bharu.
Baca lebih โProses checking, quotation hingga pemasangan โ kenapa kami tukar bukan modify gam.
Baca lebih โEngsel longgar atau casing retak yang dibiarkan boleh merebak jadi kerosakan skrin โ dan kos repair jadi berkali ganda. Hantar gambar laptop anda sekarang, dapatkan anggaran kos percuma.
๐ฌ WhatsApp Sekarang